Sunday, 21 August 2016

Ayam Ujang

Hi all.


Assalamua'laikum. Sihat ke pembaca-pembaca semua? Hari ini saya hendak kongsikan resepi. AYAM MASAK UJANG. Haa, pernah dengar tak? Bukan komik Ujang tu ya. hehe  Mesti ramai yang tidak tahu pasal masakan ini kan, Lauk ini berasal dari Kluang, Johor. Keluar dari Johor memang tak dapek la ye nak. Okay, mari kita mulakan.





Imej dari shifa's kitchen sebab tak sempat ambil gambar, Family da serbu., hikhik

Bahan Utama

- Ayam ( Seeloknya potong la kecik2)

- Cili api (Kalau boleh cili api hijau. Memang sedap! Ikutla, kalau nak pedas, letak banyak, kalau tak tahan, letak sikit sahaja

- Bawang putih dalam empat ulas

- Bawang besar - Dimayang / Dihiris

- Tepung jagung yang dicampurkan dengan air.

- Sos tiram dalam 3 sudu - Sesetengah sos tiram rasa dan baunya kuat, jadi boleh letak dalam2 sudu

Caranya

- Goreng ayam yang tekah dilumurkan dengan garam dan kunyit separuh masak

- Tumis cili api dan bawang putih yang telah dikisar

- Masukkan bawang yang telah dihiris. Biar sampai garing.

-Kemudian masukkan sos tiram - Kacau seketika barulah masukkan ayam

- Letak bancuhan air tepung jagung + garam + gula

SIAP! Wallah memang sedap la sampai tiga kali tambah suami Kak na. Hehe alhamdulillah


Selamat Mencuba!!!!



2 comments:

  1. Thank you kak. Dulu masa saya kerja, saya bawa bekal lauk ujang. Tunang org johor ajar saya cara masak. Kawan2 ofis gelakkan saya cakap saya tersilap sebut bukan ujang tapi bujang. Saya bgtau ni masakan org kluang, johor. Ada kwn ofis tu org johor cakap dia selama duk johor bertahun lama tak penah dengar pun, lepastu ramai2 satu ofis tu gelakkan saya. Lepas dari kejadian tu, bila saya bawa bekal lauk ujang, saya makan sorok2 sebab diorang suka tanya sy bawa bekal apa setiap hari. Malu la.. Hmmm.. Tapi bila tengok website, ramai je share lauk ujang ni. Sedih la kena gelakkan. Huaaa!

    ReplyDelete